Saturday 25 February 2012

Tip & Panduan Membuat Kek & Biskut

Musim membuat kek dan biskut untuk menyambut lebaran sudah pun bermula. Inilah masanya kita mencari-cari resepi kek dan biskut tebaru untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah. Pasti ada antara kita turut berasa 'seram sejuk' apabila mengenangkan kembali pengalaman - pengalaman lalu apabila kek dan biskut yg di buat tidak menjadi.

Hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang ita ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan ita dari internet.

Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.



TELUR
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.

Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.


BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut.

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.
Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.
Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan butter dan kaedah mencairkan butter


Berapa lama masa yg sesuai memukul butter, gula, telur dan tepung

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.
Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan butter dengan margerin

Bezanya, kek yg menggunakan butter lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.

No comments:

Post a Comment