Pastikan
kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi
sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick
atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan
beku dalam peti sejuk.
Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk
dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.
Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro
sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro
akan menyebabkan kek kering dan keras.
Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula
pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa
minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg
telah di salut coklat ye!
Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan kek dan
biskut yang menjadi idaman kalbu. Happy Baking!
No comments:
Post a Comment